Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata keputusan Amerika Syarikat untuk menggantung komitmen mereka di dalam Perjanjian Pasukan Nuklear Jangkuan Sederhana (INF) yang ditandatangani bersama Rusia menghantar mesej kepada dunia bahawa sebarang perjanjian dengan pihak pemerintah A.S tidak memiliki sebarang nilai.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo pada hari Jumaat berkata bahawa Washington akan menggantung komitmen mereka di dalam INF bermula pada hari Sabtu dan akan menarik diri dari kesepakatan itu secara keseluruhan dalam tempoh enam bulan jikalau Moscow menurut mereka gagal menamatkan pencabulan ke atas perjanjian itu.
Rusia sebelum ini menafikan sebarang bentuk pelanggaran terhadap perjanjian yang melarang kedua-dua pihak pihak daripada menempatkan peluru berpandu jarak pendek dan sederhana di benua Eropah.
Pentadbiran Trump sebelum ini turut mengeluarkan A.S daripada beberapa buah perjanjian antarabangsa termasuk perjanjian nuklear Iran yang dikenali sebagai JCPOA. -Press TV
1 Februari 2019 - 18:16
News ID: 927284
Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata keputusan Amerika Syarikat untuk menggantung komitmen mereka di dalam Perjanjian Pasukan Nuklear Jangkuan Sederhana (INF) yang ditandatangani bersama Rusia menghantar mesej kepada dunia bahawa sebarang perjanjian dengan pihak pemerintah A.S tidak memiliki sebarang nilai.